Bengkel ini terbuka untuk anak-anak PEREMPUAN berumur 10 hingga 12 tahun. Isu-isu yang bersangkutan khususnya pendidikan seks akan dibincangkan secara lebih menyeluruh dan merangkumi aspek fizikal dan spiritual. Kehadiran ibu sebagai pemerhati juga digalakkan bagi memupuk suatu hubungan yang sangat istimewa antara ibu dan anak kerana perkongsian ilmu yang begitu suci tetapi sukar dibincangkan ini merupakan titik permulaan untuk memulakan perbincangan terbuka dan menjalinkan hubungan yang mesra antara ibu dan anak.
OBJEKTIF
1. Memberi maklumat kepada anak-anak perempuan mengenai isu-isu penting berhubung proses baligh dan pendidikan seks dari perspektif sains dan agama.
2. Menyedarkan anak-anak perempuan tentang tanggungjawab agama setelah baligh.
3. Memberi kesedaran kepada anak-anak perempuan tentang penderaan seks.
4. Memberi kesedaran kepada anak -anak perempuan tentang isu perhubungan lelaki dan perempuan berlandaskan syariat Islam.
5. Membuka jalan kepada para ibu untuk berbincang isu-isu berhubung pendidikan seks secara terbuka dan ikhlas dengan anak-anak perempuan mereka pada masa akan datang.
TENTATIF

FASILITATOR
Sukarelawan Khalifah Youth Circle (KYC) yang terlatih

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Terima kasih.

Comments are closed.